Kenangan PRU 12

Semasa musim Pilihanraya Umum ke-12 (PRU12) yang lalu, Muslimat WP telah ditugaskan untuk membantu Parlimen Titiwangsa, Putrajaya dan DUN Tahan di mana Ustzh Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan telah diputuskan untuk bertanding.

Pelbagai kenangan suka-duka yang telah ditempuhi sepanjang PRU12 yang akan menjadi pengalaman berharga kepada setiap petugas yang telah melibatkan diri dalam menghadapi pilihanraya yang menyaksikan buat pertama kalinya, pihak pembangkang telah menang besar dan berjaya menamatkan penguasaan BN di Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan sendiri di samping mengekalkan kemenangan di Negeri Kelantan.

Syukur kepada Allah SWT di atas kemenangan yang telah diberikan ini !

Salam Eidulfitri, Maaf Zahir Batin

Assalamu’alaikum wbt

Kepada para pengunjung laman ini, pihak kami ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Salam Eidulfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Kami memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini laman ini di atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Mudah-mudahan dengan kehadiran Syawal 1429H ini, akan membuka lembaran baru kepada pihak kami untuk mengemaskini laman ini dari semasa ke semasa.

Di atas komen beberapa orang pengunjung juga, kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan saudara dan saudari terhadap kesinambungan kewujudan laman ini.

Salam hormat.