Makan Malam 35 Tahun PAS Wilayah Persekutuan

26 Disember 2009 (Sabtu)
8.30 malam
Markaz Tarbiyyah PAS, Tmn Melewar
RM30.00 sahaja

Tetamu Undangan
YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS
YB Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS

Acara Menarik
Amanat Pimpinan
Persembahan Multimedia Khas
Penganugerahan Tokoh Veteran PAS Wilayah Persekutuan
Pelancaran Buku Khas Sempena 35 Tahun PAS Wilayah Persekutuan

Hubungi 019-603 9178 atau 019-333 2380

Advertisements

Sudahkah anda mendapatkan Planner terbitan Dewan Muslimat PAS Pusat?

hubungi 013-605 0931 atau 019-673 2037

TAKZIAH

Jumaat, 2009 Julai 31

TAKZIAH

           
DMPWP mengucapkan takziah kepada isteri, anak-anak, keluarga serta sanak saudara Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, YB Dato’ Hj Hamdan Abdul Rahman yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas roh Almarhum dan ditempatkan bersama para Anbiya’, syuhada dan para solehin di dalam syurga Al Firdaus Al A’la.
Al – Fatihah

Kenyataan YB Dr. Lo’ Lo’ isu hukuman sebat ke atas pesalah minum arak

 
Dr Lo Lo Dato’ Mohd Ghazali
Fri | Jul 24, 09 | 12:02:25 pm MYT
Artikel Themalaysianinsider.com bertarikh 23 julai 2009 dengan tajuk-tajuk berikut ‘Outrage Over Caning For Model’ dan ‘Syariah Lawyers Association Regrets Shahrizat’s Statement On Whipping Of Model� adalah dirujuk.

baca seterusnya…….

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21877&Itemid=1

SPR pamer rang daftar pemilih

Berita Harian Online

Selasa, 21 Julai 2009/28 Rejab 1430

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Kedua 2009 mulai hari ini hingga 27 Julai di 994 tempat di seluruh negara. SPR menerusi kenyataan semalam berkata, dalam tempoh urusan pendaftaran dari April hingga Jun tahun ini, seramai 75,808 orang mendaftar sebagai pemilih baru dan 18,630 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi dibuat.

 Pemohon yang sudah mendaftar sebagai pemilih baru atau membuat pertukaran alamat pusat mengundi boleh menyemak senarai itu di pejabat pilihan raya negeri (14 tempat), pejabat pos berkomputer (457 tempat), kompleks atau pejabat kerajaan (101 tempat), pejabat daerah atau pejabat tanah (153 tempat), majlis daerah atau perbandaran (49 tempat), dewan serba guna, rukun tetangga, balai raya, balai penghulu dan dewan orang ramai (190 tempat) dan lain-lain (31 tempat).

 Sehubungan itu, warga negara Malaysia yang baru memohon menjadi pemilih atau pemilih berdaftar yang membuat pertukaran alamat pusat mengundi dinasihatkan supaya menyemak senarai di tempat masing-masing. Bagi pemilih yang tidak tersenarai boleh membuat tuntutan menggunakan Borang B dan membuat bantahan menggunakan Borang C, kemudian diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam tempoh tujuh hari dari tarikh senarai dipamerkan.

SPR juga mempamerkan nama pemilih yang terkeluar senarai disebabkan kelucutan hak warga negara, bersara daripada tentera atau polis, meninggal dunia dan yang hilang kelayakan sebagai pemilih

NOTA:

Jentera Pilihanraya Muslimat PAS Wilayah Persekutuan perlu mengambil inisiatif memenuhi peluang yang telah di buka oleh SPR ini.

KARNIVAL KELUARGA MESRA JAWI

KARNIVAL

KELUARGA MESRA JAWI

“BERSAMA MEMARTABATKAN JAWI”

  •  26 Julai 2009 (Ahad) 
  • 7.45 pagi – 1.00 petang
  • Pusat Tarbiyyah Taman Melewar

 Antara Acara Menarik:

Pertandingan Tulisan Jawi , Ejaan Jawi, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak,

Explorace Keluarga Mesra Jawi, Jumbo Sale

Klinik Jawi, Khidmat Bertindik Telinga, Khidmat Kesihatan, Gerai Jualan Istimewa (Jualan Gula,tepung & beras dengan harga terendah!)

SELURUH WARGA KOTA

 DIJEMPUT HADIR

Berminat hubungi:

Pn. Hjh Salbiah Abd Wahab (019-3365654)

Pn.Syutina Mahmud (019-6039178)

 

Anjuran: PAS KAWASAN BATU

 

 

HIMPUNAN MANSUHKAN ISA

      

  http://dppwp.files.wordpress.com/2009/06/stiker-isa.png?w=468&h=166

Syukur dengan kemenangan, perbaiki kelemahan – Nuridah

Assalamu’alaikum,

Ketua dan AJK DMPWP mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua petugas-petugas muslimat PAS Wilayah Persekutuan sepanjang musim PRK  Manik Urai yang berakhir dengan kemenangan di pihak PAS.

   
 
Kepada semua, titiplah semua pengalaman, pembelajaran dan pembaharuan yang diperolehi semasa di sana untuk dijadikan pedoman dlm gerak kerja kita di Wilayah Persekutuan.

Selamat meneruskan perjuangan. DMPWP.

SYUKUR DENGAN KEMENANGAN, PERBAIKI KELEMAHAN - NURIDAH
Nyza Ayob
Wed | Jul 15, 09 | 8:47:45 am MYT
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Hrkh)– Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh melahirkan kesyukuran di atas kemenangan PAS dalam Pilihan Raya Kecil Manek Urai semalam serta merakamkan ucapan terima kasih kepada tenaga dan jentera pilihan raya PAS yang telah bertungkus lumus sepanjang kempen pilihan raya kecil itu.Beliau berharap dengan kemenangan tersebut, jentera parti akan lebih bersungguh-sungguh pada masa akan datang agar dapat memastikan kemenangan dapat dikekalkan”Kita jangan berasa selesa dengan kemenangan ini. Seharusnya kita meningkat gandakakan usaha agar dapat memperbaiki segala kelemahan dan seterusnya kemenangan ini dapat dikekalkan.”Justeru, saya menyeru kepada semua ahli PAS dan penyokong PAS sentiasa bersyukur dengan kemenangan yang diperolehi ini,”katanya.Dalam Pilihan Raya Kecil Manek Urai yang berlangsung semalam, PAS mendapat 5,348 undi mengalahkan Barisan Nasional dengan 5,283 undi dengan majoriti 65 undi. – azm _

Ibu Senator Mumtaz meninggal dunia – Al Fatihah

DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA YB Mumtaz dan seluruh keluarga di atas pemergian Allahyarham Siti Talhah Ismail, ibu beliau seperti diberitakan oleh harakahdaily.net.  Ibu Senator Mumtaz meninggal dunia
Salmah Mat Husain
Tue | Jun 30, 09 | 1:06:35 pm MYT
TUMPAT, 30 Jun (Hrkh) – Ibu kepada Senator Mumtaz Md Nawi, Siti Talhah Ismail, 55 meninggal dunia kira-kira jam 12.45 tengahari semalam selepas menderita penyakit barah sejak 11 tahun lalu.Beliau meninggal dunia di rumahnya di Kampung Ana, dekat sini. Jenazahnya dikebumikan ketika azan Asar berkumandang di tanah perkuburan Islam di Kampung Jal Besar.Allahyarhamah meninggalkan suami, Md Nawi Said, 65, empat anak serta 11 cucu.Mumtaz yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat ketika ditemui berkata, beliau redha di atas kematian ibunya kerana Allah menjemput mengadap-Nya dalam keadaan tenang.

“Walaupun umi lumpuh sejak Sabtu lalu, namun Allahyarham seorang ibu dan isteri yang cekal itu sehingga saat-saat akhir hidupnya,” kata beliau ketika ditemui di rumahnya.

Menurutnya sehari sebelum ibunya meninggal dunia, beliau dan keluarga membawanya ke Bukit Baka, Machang bagi memenuhi hasrat Allahyarham yang ingin melihat air terjun.

“Pada kesempatan itu, Alhamdulillah kami sempat mengaji al-Quran bersamanya kira-kira hampir sejam sebelum beliau mengajak pulang,” ujarnya.

Ibunya dikenal pasti mengidap penyakit tersebut sejak 1998.

“Apa yang cukup mengharukan saya, umi membenarkan saya keluar berceramah dan menghadiri persidangan dewan walaupun keadaannya semakin tenat,” katanya.

Beliau juga mengucap terima kasih kepada semua pemimpin pihak yang menziarahi arwah ibunya sepanjang dia terlantar sakit.

Turut menziarahi jenazah ibunya anggota Exco kerajaan negeri, Wan Ubaidah Omar, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim, isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan isteri Timbalan Menteri Besar, Datin Siti Zubaidah Abdul Hamid. – mj _

KABINET PAS WIL. PERSEKUTUAN 2009 – 2011

KUALA LUMPUR. 19 JUN 2009 – Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan kali Pertama telah diadakan semalam yang telah dihadiri oleh kesemua YDP-YDP kawasan kecuali kawasan Batu serta Setiausaha-Setiausaha Kawasan . Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohamad Nor Bin Mohamad, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan yang baru saja menyambong tugas bagi penggal ketiganya.

Agenda terpenting yangdibincangkan semalam ialah perlantikan menurut Fasal 34(5) Perlembagaan PAS dan Fasal 34(3) Perlembagaan PAS. Jawatan-jawatan tersebuat adalah;

Pesuruhjaya : Tuan Haji Mohamad Nor bin Mohamad
Timb. Pesuruhjaya 1 : Ustaz Mohamad Nazir bin Zakaria
Timb. Pesuruhjaya 2 : Ustaz Dr(H) Hj Mohd Ali Jamil
Timb. Pesuruhjaya 3 : Ustaz Dr Azhari Ali

Setiausaha : Sdr Syukur Abdul Aziz
Pen. Setiausaha 1: Sdr Kamaluddin Mohd Noh
Pen. setiausaha 2 : Sdr Wan Asrul Affendi
Pen. Setiausaha 3 : Hj Abdul Rani Abd Majid

Bendahari : Sdr Khairul Anwar Abdul Manaf
Pen. Bendahari : Hj Zakaria Abdul Aziz
Ketua Penerangan : Ustaz Amran Abu Talib an-Nahrain
Pengarah Pilihanraya : Haji Abdul Halim Hassan

AJK Yang Dilantik

1. YB Dr Lolo Hj Mohd Ghazali
2. Ustaz Azhar Yahya
3. Sdr Zamri Asa’ad Khuzami
4. Dr Hairul Azhar
5. Hj Zakaria Abdul Aziz
6. Sdr Dzulkifli Ismail
7. Ustz. Rashidah Embong

di ambil dari; http://ydppasputrajaya.blogspot.com/

« Older entries