Ibu Senator Mumtaz meninggal dunia – Al Fatihah

DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA YB Mumtaz dan seluruh keluarga di atas pemergian Allahyarham Siti Talhah Ismail, ibu beliau seperti diberitakan oleh harakahdaily.net.  Ibu Senator Mumtaz meninggal dunia
Salmah Mat Husain
Tue | Jun 30, 09 | 1:06:35 pm MYT
TUMPAT, 30 Jun (Hrkh) – Ibu kepada Senator Mumtaz Md Nawi, Siti Talhah Ismail, 55 meninggal dunia kira-kira jam 12.45 tengahari semalam selepas menderita penyakit barah sejak 11 tahun lalu.Beliau meninggal dunia di rumahnya di Kampung Ana, dekat sini. Jenazahnya dikebumikan ketika azan Asar berkumandang di tanah perkuburan Islam di Kampung Jal Besar.Allahyarhamah meninggalkan suami, Md Nawi Said, 65, empat anak serta 11 cucu.Mumtaz yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat ketika ditemui berkata, beliau redha di atas kematian ibunya kerana Allah menjemput mengadap-Nya dalam keadaan tenang.

“Walaupun umi lumpuh sejak Sabtu lalu, namun Allahyarham seorang ibu dan isteri yang cekal itu sehingga saat-saat akhir hidupnya,” kata beliau ketika ditemui di rumahnya.

Menurutnya sehari sebelum ibunya meninggal dunia, beliau dan keluarga membawanya ke Bukit Baka, Machang bagi memenuhi hasrat Allahyarham yang ingin melihat air terjun.

“Pada kesempatan itu, Alhamdulillah kami sempat mengaji al-Quran bersamanya kira-kira hampir sejam sebelum beliau mengajak pulang,” ujarnya.

Ibunya dikenal pasti mengidap penyakit tersebut sejak 1998.

“Apa yang cukup mengharukan saya, umi membenarkan saya keluar berceramah dan menghadiri persidangan dewan walaupun keadaannya semakin tenat,” katanya.

Beliau juga mengucap terima kasih kepada semua pemimpin pihak yang menziarahi arwah ibunya sepanjang dia terlantar sakit.

Turut menziarahi jenazah ibunya anggota Exco kerajaan negeri, Wan Ubaidah Omar, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim, isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan isteri Timbalan Menteri Besar, Datin Siti Zubaidah Abdul Hamid. – mj _

Advertisements

Ceramah Perdana di Bdr Tun Razak – 23 Jun 2009

poster_bicarasemasa230609

SELAMAT HARI BAPA – 21 JUN 2009

 

Assalamu’alaikum,

Kepada Bapa-bapa sekelian, hayatilah firman Allah dan terjemahan di bawah;

 

Wahai orang-orang yang beriman, lindungilah dirimu dan ahli keluargamu dari api Neraka. Ia dijaga dan dikawal oleh Malaikat yang amat keras dan kasar sifatnya. Mereka tidak pernah durhaka kepada Allah malah sentiasa melaksanakan apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka”

Kaum Muslimin sekelian, kamu diibaratkan seperti

payung

 

Menjaga kami dari kehinaan di dunia dan keazaban di akhirat.  Wallahu’lam.

KABINET PAS WIL. PERSEKUTUAN 2009 – 2011

KUALA LUMPUR. 19 JUN 2009 – Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan kali Pertama telah diadakan semalam yang telah dihadiri oleh kesemua YDP-YDP kawasan kecuali kawasan Batu serta Setiausaha-Setiausaha Kawasan . Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohamad Nor Bin Mohamad, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan yang baru saja menyambong tugas bagi penggal ketiganya.

Agenda terpenting yangdibincangkan semalam ialah perlantikan menurut Fasal 34(5) Perlembagaan PAS dan Fasal 34(3) Perlembagaan PAS. Jawatan-jawatan tersebuat adalah;

Pesuruhjaya : Tuan Haji Mohamad Nor bin Mohamad
Timb. Pesuruhjaya 1 : Ustaz Mohamad Nazir bin Zakaria
Timb. Pesuruhjaya 2 : Ustaz Dr(H) Hj Mohd Ali Jamil
Timb. Pesuruhjaya 3 : Ustaz Dr Azhari Ali

Setiausaha : Sdr Syukur Abdul Aziz
Pen. Setiausaha 1: Sdr Kamaluddin Mohd Noh
Pen. setiausaha 2 : Sdr Wan Asrul Affendi
Pen. Setiausaha 3 : Hj Abdul Rani Abd Majid

Bendahari : Sdr Khairul Anwar Abdul Manaf
Pen. Bendahari : Hj Zakaria Abdul Aziz
Ketua Penerangan : Ustaz Amran Abu Talib an-Nahrain
Pengarah Pilihanraya : Haji Abdul Halim Hassan

AJK Yang Dilantik

1. YB Dr Lolo Hj Mohd Ghazali
2. Ustaz Azhar Yahya
3. Sdr Zamri Asa’ad Khuzami
4. Dr Hairul Azhar
5. Hj Zakaria Abdul Aziz
6. Sdr Dzulkifli Ismail
7. Ustz. Rashidah Embong

di ambil dari; http://ydppasputrajaya.blogspot.com/

PILIHANRAYA MANIK URAI

Assalamualaikum;

Kepada Muslimat Wilayah Persekutuan

KITA AKAN KE SANA MULAI SEKARANG, SILA HUBUNGI SETIAUSAHA DAN KETUA MUSLIMAT KAWASAN ANDA UNTUK BERSAMA-SAMA BERJUANG  PRK KALI INI.

 

BOLEH KUNJUNGI LAMAN WEB KHAS UNTUK PRK INI DI

http://prkn41.pas.org.my/

 

 

JUMPA DI SANA.

Mari Berzikir – Selawat TAFRIJIYAH

Selawat TAFRIJIYAH atau dipanggil Selawat NARIYAH

solawat_tafrijiyyah

“Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam”.

Selawat Nariyah disebut juga selawat “Tafrijiyyah” yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.

Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.

Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.

1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.

3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.

Umrah Tarbawi Dewan Muslimat PAS Pusat

 

 

PAS mahu Sisters in Islam diharamkan jika langgar syariat Islam

mStar Online –

Oleh G. Manimaran dan Ariffuddin Ishak    

 

SHAH ALAM: Muktamar Tahunan PAS Ke-55 menggesa kerajaan mengharamkan Sisters in Islam (SIS) jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat pemulihan ke atas ahli-ahlinya.

 

Gesaan itu terkandung dalam salah satu yang diterima tanpa bahas hari ini.

Sesi perbahasan sedang berlangsung.

Usul itu dikemukakan oleh PAS kawasan Shah Alam.

Usul itu antara lain berbunyi menyedari bahawa aliran dan pandangan dibawa oleh SIS boleh mengelirukan masyarakat, mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.

Muktamar PAS telah membahaskan tiga usul dan ada usul yang diterima tanpa perbahasan.

Kebanyakan usul yang diterima tanpa bahas merupakan usul yang diluluskan oleh Muktamar Ulama, Pemuda dan Muslimat pada Khamis lalu.

Sebahagian besar usul mereka telah diterima oleh Jawatankuasa Usul. Dua usul mereka telah ditolak.

Antara usul yang diterima oleh Muktamar Tahunan PAS Pusat hari ini ialah:

– Pakatan Rakyat perlu mewujudkan sistem saringan bersama untuk memilih calon-calon pilihan raya berkelayakan

– Menentukan formula baru menentukan kuota calon pilihan raya yang sesuai dengan keperluan semasa

– Majlis Syura dan Dewan Ulama mengambil inisiatif untuk melahirkan ulama-ulama pelapis serta memfokus pembinaan keupayaan dalam penguasaan pelbagai disiplin ilmu termasuklah ilmu siasah dan pengurusan

– Jawatankuasa Disiplin parti membuat siasatan dan seterusnya mengambil tindakan terhadap ahli-ahli PAS yang terlibat dalam menyebarkan berita-berita fitnah dan mencabar kredibiliti pimpinan tertinggi PAS

– Kepimpinan PAS Pusat, negeri, kawasan dan ahli keseluruhannya memberi tumpuan kepada usaha membina kekuatan parti bukannya merosakkan parti dan memecahbelahkan parti dengan label-label seperti kumpulan promuzakarah, pro-Pakatan Rakyat dan kumpulan erdogan

– Menggesa ahli-ahli PAS menanam sikap taat dan tiqah serta berhati-hati terutamanya dalam memberikan pendapat individu dalam penulisan mereka

– Memperbaiki dan memperkemas komposisi ahli Majlis Syura Ulama agar ia dihormati, berwibawa dan telus untuk mencapai tahap perkasa

– Memandang serius dan memahami dengan teliti kuasa dan fungsinya agar tindak bertindih dan bercanggah dengan kuasa dan fungsi Jawatankuasa PAS Pusat yang boleh menyebabkan badan ini tidak berwibawa, senang dipengaruhi dan boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan ahli PAS

– Melantik ahli-ahli Majlis Syura Ulama yang benar-benar bebas, telus, berani dan tegas dalam membuat keputusan tanpa mengira kedudukan seseorang

– Konsisten dengan pendirian untuk terus kekal bekerjasama dengan parti-parti politik dengan berusaha dan menyusun kaedah yang lebih berkesan bagi memperbaiki hubungan dan kesatuan antara parti dan ahli akan terbina, seterusnya mengekalkan dan melebarkan kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 demi menegakkan syiar Islam

– Berusaha mewujudkan struktur organisasi yang berdaftar atas nama Pakatan Rakyat sebagai alternatif atau pengganti kepada Barisan Nasional bagi menerajui kepimpinan negara

– Mendesak PAS Pusat agar merangka strategi yang berkesan bagi merampas sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen di kawasan luar bandar dan kawasan FELDA di Pahang, Johor, Perak dan Terengganu

– Mendesak PAS Pusat menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi merangka strategi dan menumpukan perancangan dan segala gerak kerja di kawasan yang disasarkan

– Menyediakan peruntukan sekurang-kurangnya RM1 juta setahun bagi melaksanakan segala perancangan dan gerak kerja di kawasan sasaran

– Mendesak kerajaan agar mengkaji semula mereka yang diberhentikan kerja dan mendakwa majikan yang memberhentikan pekerja tempatan sewenang-wenangnya tanpa mengikut peraturan dan notis singkat

AJKK DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT SESSI 2009 – 2011

Assalamualaikum,

 

Dewan Muslimat PAS  Wilayah Persekutuan(DMPWP)  mengucapkan tahniah kepada AJKK DMPP yang baru selesai proses pemilihannya pada Muktama DMP yang pada 4 Jun lalu lebih-lebih lagi kepada pimpinan kami iaitu Ustazah Nuridah Mohd. Salleh (Ketua DMPWP)  Hajjah Salbiah Abdul Wahab (TPJ 3 PAS WP), Puan Dr. Rosni Adam (AJK DMPP) dan Hajjah Wan Hasna Wan Ismail (Pemeriksa Kira2 – mantan Bendahari DMPWP). Tahniah dan jutaan terima kasih juga kepada suami serta keluarga yang sentiasa akan memberi kerjasama, dorongan dan apa jua semangat di atas kejayaan pimpinan kami.

Berikut adalah keputusan penuh untuk Dewan Muslimat yang diumumkan oleh Ketua Jawatankuasa Pemilih untuk Dewan Muslimat Mohame3d Diah Baharun.

Pengerusi Tetap
Noraini Husain – 81 undi
Nor Hashimah Deraman – 154 undi

Timbalan Pengerusi Tetap
Faizah Ismail – 72 undi
Wan Hamidani Wan Ahmad – 162 undi

Ketua DMPP
Nuridah Mohd Salleh – 136 undi
Dr Asiah Ali – 100

Timbalan Ketua DMPP
Siti Zailah Mohd Yusof – 142 undi
Wan Hasrina Wan Hassan – 90 undi

Exco DMPP
1) Wan Ubaidah Omar – 196
2) Dr Halimah Ali – 173
3) Mastura Mohamad – 173
4) Aiman Athirah Al Jundi – 162
5) Dr Najihatul Salihah Ahmad – 158
6) Dr Siti Mariah mahmud – 156
7) Dr Rosni Adam – 155
8) Azizah Khatib Mat – 147
9) Salbiah Abd Wahab – 147
10) Nurul Huda Yusof – 135
11) Wardatul Jannah Sofia – 125
12) Fatimah @ Zainab Ibrahim – 122

PEMERIKSA KIRA-KIRA

1.    Basmatul ‘Uyun Yusof
2.    Wan Hasna Wan Ismail

Ucapan Dasar Presiden PAS: Islam Memimpin Perubahan

sedutan ucapan dasar presiden……………

DEWAN MUSLIMAT

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Golongan muslimat adalah sangat penting dalam perjuangan PAS. Mereka juga perlu memainkan peranan yang besar sesuai dengan posisi sebagai peneraju kepimpinan wanita Malaysia. Komposisi wanita yang melebihi 50 peratus dari penduduk Malaysia, memerlukan muslimat turut bersama di dalam masyarakat dalam usaha membina masyarakat yang bertamadun dengan pendekatan “Da�ie menuju mad�u”.

Isu-isu wanita dan kewanitaan perlu menjadi agenda fokus dan ditangani oleh Dewan Muslimat menerusi penglibatan dan bersua muka dengan pihak-pihak berwajib.

Kepimpinan muslimat mesti menyemarakkan citarasa rakyat agar sokongan yang besar memihak kepada kita. Kehadiran muslimat di tengah masyarakat kota, pinggir bandar dan desa akan menjadi penyuntik dan pembakar semangat ke arah perubahan minda bahawa Islam mampu menerajui perubahan.

Penyatuan dan kemantapan jentera muslimat mesti diisi dengan sistem tarbiah yang tersusun dan berterusan. Tarbiah mestilah sentiasa diberi perhatian di semua peringkat kepimpinan bagi memantapkan jentera dan organisasi. Tarbiah mesti diperkasa agar mampu membentuk kepimpinan muslimat yang berilmu, bertaqwa dan jelas dengan fikrah amal jama�ie.

Penerapan elemen-elemen keilmuan, akhlak dan kemahiran dalam setiap program dan agenda perlu sentiasa ditekankan untuk melahirkan qiadah dan jundiah, serta ‘amilin Muslimat yang sentiasa ‘mesra amal dan jihad’.

Muslimat juga mesti memainkan peranan mendekati generasi muda dengan membina jambatan-jambatan persahabatan, melalui acara-acara kebersamaan dengan mereka. Persepsi awal dan memahami jiwa segar mereka harus digunakan untuk membantu menyemarakkan lagi sokongan dalam kalangan generasi muda.

Pendekatan pengisisan berbentuk ilmiah dan hiburan tidak boleh dikesampingkan dari naluri generasi muda. Kecenderungan sesetengah generasi muda kepada program-program yang berbentuk hiburan harus terarah dan dipimpin. Hiburan yang mendidik dan membina kekentalan jiwa taat kepada Allah SWT harus dipupuk.

Dengan ini ianya diharap mampu menghasilkan generasi yang faham dan memihak kepada Islam dan menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Muslimat harus menjadi ikon kebanggaan masyarakat dengan menjalin hubungan dengan kelompok yang kurang bernasib baik dan kurang kemampuan. Muslimat mesti meletakkan diri sebagai pelaksana perkhidmatan dalam hal kebajikan. Ianya termasuklah menjalankan program-program kemasyarakatan yang berbentuk memberi khidmat kaunseling, khidmat kesihatan, klinik guaman dan sebagainya.

Program-program khidmat kebajikan tidak seharusnya dijadikan program tempelan, tetapi hendaklah ia menjadi kerja asas yang dilaksanakan di setiap masa.

Mewujudkan pasukan-pasukan sukarelawan yang bertugas di satu-satu lokasi yang dikenal-pasti untuk dicurahkan khidmat-bakti pada setiap hujung minggu adalah satu permulaan yang baik. Bahkan muslimat mesti mewujudkan tenaga yang perlu turun ke akar umbi untuk memastikan wanita-wanita mendapat maklumat yang penuh dan jelas tentang Islam dan dasar-dasar parti. Kerja-kerja ini memerlukan kerjasama semua pihak di dalam parti dan kesefahaman semua pihak agar �yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing�.

Akhir sekali, gabungan tenaga saf kepimpinan muslimat yang bijak dan berpegang kepada wehdatul fikr dan wehdatul amal, beserta ahli dan penyokong yang setia di bawah manhaj yang tersusun kukuh akan menghasilkan natijah yang diharapkan. Pemimpin dan ahli yang iltizam dengan PAS dan istiqamah dalam amal islami dan amal jamai�ie, akan melahirkan ‘amilin yang dinantikan serta mampu memenuhi pelaksanaan Islam Memimpin Perubahan.

« Older entries