PAS Pusat Adakan Rumah Terbuka

Bertempat di Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar, PAS akan mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri pada 28 Oktober 2007 iaitu Ahad ini bermula jam 2 hingga 5 petang.

Para pengunjung Hari Terbuka PAS ini akan berpeluang untuk bertemu dengan para pimpinan PAS Pusat, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama’ sepanjang berlangsungnya program.

Di antara juadah yang bakal disediakan termasuklah satay, nasi impit, lemang, nasi dagang dan pelbagai juadah lain.

Semua rakyat tanpa mengira bangsa dijemput hadir.