Semua Muslimat digesa turun ke Perhimpunan Aman BERSIH

Sepertimana yang telah sedia di war-warkan di dalam semua media yang boleh dicapai, BERSIH atau nama penuhnya Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil akan menganjurkan satu perhimpunan aman bagi menuntut pilihanraya bebas, bersih dan adil. Sempena perhimpunan ini, ahli-ahi BERSIH akan berarak ke Istana Negara dan menyerah memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.  Perhimpunan ini bermula pada jam 3 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

promobersih.jpg

tuntutanbersih.jpg

Nota:

1. Para peserta digalakkan memakai baju kuning sebagai lambang protes.

2. Bawa kain rentang atau bendera melambangkan simbol dan mesej BERSIH.

Advertisements