Doa Elak Diri @ Anak Perempuan dari diperkosa dan dizalimi

Assalamu’alaikum,

Sah mayat Nurin — Keputusan rasmi ujian DNA, rekod gigi

GAMBAR eksklusif Utusan.


KUALA LUMPUR 20 Sept. – Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak perempuan disumbat dalam sebuah beg pakaian di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya dekat sini Isnin lalu mendapati kanak-kanak itu ialah Nurin Jazlin Jazimin, 8. Dia hilang sejak 20 Ogos lalu.

Ujian oleh Unit Forensik, Jabatan Kimia itu disahkan pihak polis dan hospital.

http://http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0921&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm 

Sebagai salah satu dari usaha untuk mengelakkan kejadian itu berlaku pada diri kita, dekatilah diri kita dengan Allah.

AMALKANLAH DOA INI!

amalkanlah2-2.docamalkanlah2-2.doc

AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

    

[a1.jpg]

Ketua dan AJK DMPWP mengucapan selamat berpuasa,semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina serta sama-samalah berdoa agar Allah melimpahkan kemudahan kepada kita untuk melipat gandakan amalan di bulan yang mulia ini.

      “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”

~ Al _Qur’an Surah Al-Baqarah : ayat 183 ~

PESANAN DARI SAHABAT

10  LANGKAH MEUJUDKAN KEYAKINAN DIRI;

 

 1… Anggapkan diri anda yangndiciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.

 2… Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?í

3… Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.

4… Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. 

5… Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.

6… Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, sebagai ‘warm up’ dan dapat mengaktifkan diri seseorang. 

7… Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.

8… Apabila berinteraksi, pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku. 

9… Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut. 

10… Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah dan bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.

Wakil DMPWP Johan Pidato Kemerdekaan DMPP

Sekalung tahniah diucapkan kepada Saudari Noorul Shamsiah di atas kejayaan beliau di dalam Pertandingan Pidato Kemerdekaan Dewan Muslimat PAS Pusat yang telah berlangsung di Dewan Fadhil Noor, Taman Melewar pada 31 Ogos 2007 yang lalu.  Beliau yang merupakan wakil Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan ke pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini berjaya menewaskan 12 orang peserta lain dengan membawa pulang hadiah berupa Dinar Emas, trofi serta wang tunai.  Tajuk pidato yang telah membawa kejayaan kepada Saudari Noorul Shamsiah ialah “Media Malaysia dalam Kongkongan Pemerintah.

Naib Johan disandang oleh peserta dari Kedah manakala tempat ketiga diungguhli peserta dari Sabah.  Pertandingan Pidato Kemerdekaan ini merupakan anjuran Lajnah Penerangan dan Dakwah, Dewan Muslimat PAS Pusat. 

Tahniah juga kepada Saudari Solehah kerana telah berjaya mendapat tempat ketiga di dalam Pertandingan Pidato Kemerdekaan peringkat Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Putra Jaya pada 29  September 2007 yang lalu.