SPR pamer rang daftar pemilih

Berita Harian Online

Selasa, 21 Julai 2009/28 Rejab 1430

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Kedua 2009 mulai hari ini hingga 27 Julai di 994 tempat di seluruh negara. SPR menerusi kenyataan semalam berkata, dalam tempoh urusan pendaftaran dari April hingga Jun tahun ini, seramai 75,808 orang mendaftar sebagai pemilih baru dan 18,630 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi dibuat.

 Pemohon yang sudah mendaftar sebagai pemilih baru atau membuat pertukaran alamat pusat mengundi boleh menyemak senarai itu di pejabat pilihan raya negeri (14 tempat), pejabat pos berkomputer (457 tempat), kompleks atau pejabat kerajaan (101 tempat), pejabat daerah atau pejabat tanah (153 tempat), majlis daerah atau perbandaran (49 tempat), dewan serba guna, rukun tetangga, balai raya, balai penghulu dan dewan orang ramai (190 tempat) dan lain-lain (31 tempat).

 Sehubungan itu, warga negara Malaysia yang baru memohon menjadi pemilih atau pemilih berdaftar yang membuat pertukaran alamat pusat mengundi dinasihatkan supaya menyemak senarai di tempat masing-masing. Bagi pemilih yang tidak tersenarai boleh membuat tuntutan menggunakan Borang B dan membuat bantahan menggunakan Borang C, kemudian diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam tempoh tujuh hari dari tarikh senarai dipamerkan.

SPR juga mempamerkan nama pemilih yang terkeluar senarai disebabkan kelucutan hak warga negara, bersara daripada tentera atau polis, meninggal dunia dan yang hilang kelayakan sebagai pemilih

NOTA:

Jentera Pilihanraya Muslimat PAS Wilayah Persekutuan perlu mengambil inisiatif memenuhi peluang yang telah di buka oleh SPR ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: