Syukur dengan kemenangan, perbaiki kelemahan – Nuridah

Assalamu’alaikum,

Ketua dan AJK DMPWP mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua petugas-petugas muslimat PAS Wilayah Persekutuan sepanjang musim PRK  Manik Urai yang berakhir dengan kemenangan di pihak PAS.

   
 
Kepada semua, titiplah semua pengalaman, pembelajaran dan pembaharuan yang diperolehi semasa di sana untuk dijadikan pedoman dlm gerak kerja kita di Wilayah Persekutuan.

Selamat meneruskan perjuangan. DMPWP.

SYUKUR DENGAN KEMENANGAN, PERBAIKI KELEMAHAN - NURIDAH
Nyza Ayob
Wed | Jul 15, 09 | 8:47:45 am MYT
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Hrkh)– Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh melahirkan kesyukuran di atas kemenangan PAS dalam Pilihan Raya Kecil Manek Urai semalam serta merakamkan ucapan terima kasih kepada tenaga dan jentera pilihan raya PAS yang telah bertungkus lumus sepanjang kempen pilihan raya kecil itu.Beliau berharap dengan kemenangan tersebut, jentera parti akan lebih bersungguh-sungguh pada masa akan datang agar dapat memastikan kemenangan dapat dikekalkan”Kita jangan berasa selesa dengan kemenangan ini. Seharusnya kita meningkat gandakakan usaha agar dapat memperbaiki segala kelemahan dan seterusnya kemenangan ini dapat dikekalkan.”Justeru, saya menyeru kepada semua ahli PAS dan penyokong PAS sentiasa bersyukur dengan kemenangan yang diperolehi ini,”katanya.Dalam Pilihan Raya Kecil Manek Urai yang berlangsung semalam, PAS mendapat 5,348 undi mengalahkan Barisan Nasional dengan 5,283 undi dengan majoriti 65 undi. – azm _

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: