Ibu Senator Mumtaz meninggal dunia – Al Fatihah

DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA YB Mumtaz dan seluruh keluarga di atas pemergian Allahyarham Siti Talhah Ismail, ibu beliau seperti diberitakan oleh harakahdaily.net.  Ibu Senator Mumtaz meninggal dunia
Salmah Mat Husain
Tue | Jun 30, 09 | 1:06:35 pm MYT
TUMPAT, 30 Jun (Hrkh) – Ibu kepada Senator Mumtaz Md Nawi, Siti Talhah Ismail, 55 meninggal dunia kira-kira jam 12.45 tengahari semalam selepas menderita penyakit barah sejak 11 tahun lalu.Beliau meninggal dunia di rumahnya di Kampung Ana, dekat sini. Jenazahnya dikebumikan ketika azan Asar berkumandang di tanah perkuburan Islam di Kampung Jal Besar.Allahyarhamah meninggalkan suami, Md Nawi Said, 65, empat anak serta 11 cucu.Mumtaz yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat ketika ditemui berkata, beliau redha di atas kematian ibunya kerana Allah menjemput mengadap-Nya dalam keadaan tenang.

“Walaupun umi lumpuh sejak Sabtu lalu, namun Allahyarham seorang ibu dan isteri yang cekal itu sehingga saat-saat akhir hidupnya,” kata beliau ketika ditemui di rumahnya.

Menurutnya sehari sebelum ibunya meninggal dunia, beliau dan keluarga membawanya ke Bukit Baka, Machang bagi memenuhi hasrat Allahyarham yang ingin melihat air terjun.

“Pada kesempatan itu, Alhamdulillah kami sempat mengaji al-Quran bersamanya kira-kira hampir sejam sebelum beliau mengajak pulang,” ujarnya.

Ibunya dikenal pasti mengidap penyakit tersebut sejak 1998.

“Apa yang cukup mengharukan saya, umi membenarkan saya keluar berceramah dan menghadiri persidangan dewan walaupun keadaannya semakin tenat,” katanya.

Beliau juga mengucap terima kasih kepada semua pemimpin pihak yang menziarahi arwah ibunya sepanjang dia terlantar sakit.

Turut menziarahi jenazah ibunya anggota Exco kerajaan negeri, Wan Ubaidah Omar, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim, isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan isteri Timbalan Menteri Besar, Datin Siti Zubaidah Abdul Hamid. – mj _

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: