Ucapan Dasar Presiden PAS: Islam Memimpin Perubahan

sedutan ucapan dasar presiden……………

DEWAN MUSLIMAT

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Golongan muslimat adalah sangat penting dalam perjuangan PAS. Mereka juga perlu memainkan peranan yang besar sesuai dengan posisi sebagai peneraju kepimpinan wanita Malaysia. Komposisi wanita yang melebihi 50 peratus dari penduduk Malaysia, memerlukan muslimat turut bersama di dalam masyarakat dalam usaha membina masyarakat yang bertamadun dengan pendekatan “Da�ie menuju mad�u”.

Isu-isu wanita dan kewanitaan perlu menjadi agenda fokus dan ditangani oleh Dewan Muslimat menerusi penglibatan dan bersua muka dengan pihak-pihak berwajib.

Kepimpinan muslimat mesti menyemarakkan citarasa rakyat agar sokongan yang besar memihak kepada kita. Kehadiran muslimat di tengah masyarakat kota, pinggir bandar dan desa akan menjadi penyuntik dan pembakar semangat ke arah perubahan minda bahawa Islam mampu menerajui perubahan.

Penyatuan dan kemantapan jentera muslimat mesti diisi dengan sistem tarbiah yang tersusun dan berterusan. Tarbiah mestilah sentiasa diberi perhatian di semua peringkat kepimpinan bagi memantapkan jentera dan organisasi. Tarbiah mesti diperkasa agar mampu membentuk kepimpinan muslimat yang berilmu, bertaqwa dan jelas dengan fikrah amal jama�ie.

Penerapan elemen-elemen keilmuan, akhlak dan kemahiran dalam setiap program dan agenda perlu sentiasa ditekankan untuk melahirkan qiadah dan jundiah, serta ‘amilin Muslimat yang sentiasa ‘mesra amal dan jihad’.

Muslimat juga mesti memainkan peranan mendekati generasi muda dengan membina jambatan-jambatan persahabatan, melalui acara-acara kebersamaan dengan mereka. Persepsi awal dan memahami jiwa segar mereka harus digunakan untuk membantu menyemarakkan lagi sokongan dalam kalangan generasi muda.

Pendekatan pengisisan berbentuk ilmiah dan hiburan tidak boleh dikesampingkan dari naluri generasi muda. Kecenderungan sesetengah generasi muda kepada program-program yang berbentuk hiburan harus terarah dan dipimpin. Hiburan yang mendidik dan membina kekentalan jiwa taat kepada Allah SWT harus dipupuk.

Dengan ini ianya diharap mampu menghasilkan generasi yang faham dan memihak kepada Islam dan menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Muslimat harus menjadi ikon kebanggaan masyarakat dengan menjalin hubungan dengan kelompok yang kurang bernasib baik dan kurang kemampuan. Muslimat mesti meletakkan diri sebagai pelaksana perkhidmatan dalam hal kebajikan. Ianya termasuklah menjalankan program-program kemasyarakatan yang berbentuk memberi khidmat kaunseling, khidmat kesihatan, klinik guaman dan sebagainya.

Program-program khidmat kebajikan tidak seharusnya dijadikan program tempelan, tetapi hendaklah ia menjadi kerja asas yang dilaksanakan di setiap masa.

Mewujudkan pasukan-pasukan sukarelawan yang bertugas di satu-satu lokasi yang dikenal-pasti untuk dicurahkan khidmat-bakti pada setiap hujung minggu adalah satu permulaan yang baik. Bahkan muslimat mesti mewujudkan tenaga yang perlu turun ke akar umbi untuk memastikan wanita-wanita mendapat maklumat yang penuh dan jelas tentang Islam dan dasar-dasar parti. Kerja-kerja ini memerlukan kerjasama semua pihak di dalam parti dan kesefahaman semua pihak agar �yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing�.

Akhir sekali, gabungan tenaga saf kepimpinan muslimat yang bijak dan berpegang kepada wehdatul fikr dan wehdatul amal, beserta ahli dan penyokong yang setia di bawah manhaj yang tersusun kukuh akan menghasilkan natijah yang diharapkan. Pemimpin dan ahli yang iltizam dengan PAS dan istiqamah dalam amal islami dan amal jamai�ie, akan melahirkan ‘amilin yang dinantikan serta mampu memenuhi pelaksanaan Islam Memimpin Perubahan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: