Dewan Muslimat: Sandarkan trend pencalonan Nuridah yakin kekal

Dewan Muslimat: Sandarkan trend pencalonan Nuridah yakin kekal

 

 

MUKTAMAR PAS KE-55 pada kali ini menyaksikan persaingan dua penjuru bagi jawatan Ketua Dewan Muslimat pusat. Ia melibatkan Dr Asiah Ali dan penyandang jawatan Nuridah Mohd Salleh. Kedua-dua calon berkenaan bukan orang baru dalam pergerakan itu. Nuridah merupakan seorang guru yang memiliki 10 cahaya mata. Ini merupakan penggal kedua beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS pusat.

“Pada saya dasar PAS dari dulu akan tetap sama, di mana kita memperjuangkan Islam itu sendiri. Muktamar adalah merupakan medan untuk setiap ahli bermuhasabah dan melihat kelangsungan kepada matlamat PAS itu sendiri,” kata Nuridah pada satu pertemuan dengan mStar Online.

MSTAR: Ada yang mengatakan ustazah dilihat sebagai calon ‘favourite’ untuk mempertahankan jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS kali ini. Bagaimana ustazah melihat peluang tersebut?

NURIDAH: Pada saya jika dilihat kepada pencalonan negeri-negeri, boleh la dikatakan sedemikian. Memang banyak pencalonan yang diterima. Lebih daripada separuh. Kalau tengok dari pencalonan mungkin peluang itu ada.

MSTAR: Apakah pembaharuan yang akan dibawa jika ustazah berjaya mempertahankan jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS kali ini?

NURIDAH: Apa yang akan diberi perhatian ialah mengenai Perlembagaan parti supaya meluluskan pindaan untuk membenarkan semua ahli PAS di peringkat cawangan terutamanya diberikan ruang untuk menghadiri dan memilih calon masing-masing bukan perwakilan peringkat negeri sahaja. Di peringkat kepimpinan peluang untuk mencalon dan menjadi perwakilan wajar diberikan kepada ahli-ahli di peringkat cawangan. Maknanya kita kena gerakan ahli-ahli di peringkat cawangan terlibat secara aktif dengan aktiviti peringkat pusat.

MSTAR: Persaingan untuk jawatan Ketua Dewan Muslimat melibatkan saingan dua penjuru. Adakah ia akan menimbulkan perpecahan di kalangan ahli-ahli parti?

NURIDAH: Saya rasa perkara ini terutamanya dalam Muslimat sudah banyak kali berlaku pertandingan dan ia dibenarkan oleh Perlembagaan PAS. Saya harap ahli Dewan Muslimat semua matang baik yang menjadi calon dan penyokong kepada calon-calon tertentu. Sepatutnya perpecahan itu tidak berlaku kerana ia dibenarkan, ketika pihak pimpinan menetapkan fasa-fasa dalam perlembagaan mereka telah mengambil kira dalam soal perpaduan dan jemaah dalam parti itu sendiri. Ini kerana jemaah yang padulah yang akan naik dengan cemerlang, insya-Allah.

MSTAR: Bagaimana dengan peluang untuk ustazah mempertahankan jawatan Ketua Dewan Muslimat pada muktamar kali ini?

NURIDAH: Dalam musim memilih kepimpinan PAS memang tidak ada kempen, tapi berdasarkan program yang dirancang, dari sudut sambutan yang diterima alhamdulillah.

MSTAR: Isu kepimpinan ulama dan golongan profesional sering diperdebatkan. Ustazah sendiri secara peribadi berpendirian yang mana harus dipertahankan?

NURIDAH: Isu ini bila ada pemilihan dia hangat. Sebenarnya realiti dalam PAS itu sendiri, ia tidak didominasi oleh satu-satu golongan sahaja antara golongan ulama, aktivis dan profesional mereka sebenarnya berganding bahu untuk memartabatkan objektif penubuhan PAS. Maaf saya terpaksa katakan di sini bahawa pihak media yang suka membesar-besarkan isu ini. Sedangkan kita merasakan semua pihak bergantung antara satu sama lain.

MSTAR: Ada pendapat yang menyatakan golongan profesional ini wajar diberikan ruang untuk memegang jawatan eksekutif iaitu Presiden dan ke bawah. Apa pendapat ustazah dalam isu ini?

NURIDAH: Kalau dilihat dari Majlis Syura memang ia patut dipegang oleh ulama lagi pun ia termaktub dalam perlembagaan parti. Kita tengok dalam pemilihan kali ini pun Datuk Seri Hadi menang tanpa bertanding dan beliau dilihat sebagai golongan ulama.

MSTAR: Bagaimana dengan persaingan Timbalan Presiden bila ada yang pihak yang melabelkan calon-calon tertentu dengan kumpulan seperti ‘Erdogan’ dan pro-muzakarah, ustazah sendiri melihat isu ini bagaimana?

NURIDAH: Pada saya tidak ada masalah sama ada golongan ulama atau bukan ulama memegang jawatan Timbalan Presiden mahupun jawatan Presiden itu sekali. Saya mengalu-alukan ketiga-tiga calon berkenaan untuk menyumbang kepada kecemerlangan parti dan kita serah kepada perwakilan untuk memilih siapa calon yang bagus untuk bergandingan dengan Presiden kita, Datuk Seri Hadi Awang.

MSTAR: Ada yang melihat golongan profesional dalam PAS mengamalkan prinsip Islam yang lebih liberal berbanding golongan ulama yang dilihat agak konservatif. Adakah ini akan menimbulkan ketegangan di kalangan ahli-ahli PAS itu sendiri?

NURIDAH: Pada saya, dari sudut hala tuju kedua-dua golongan ini atau golongan aktivis sekalipun mereka juga bilangan ahli ramai dalam PAS. Dasar perjuangan mereka sama, tapi mungkin pendekatan yang digunakan mereka berbeza masing-masing ada pandangan tersendiri, tetapi semua itu akan dibawa dalam mesyuarat dan ia akan diputuskan di peringkat jawatankuasa PAS pusat. Kita jangan ambil perbezaan pendapat itu akan membuatkan kita berpecah, itu tidak benar.

MSTAR: Apakah hala tuju Dewan Muslimat selepas Muktamar PAS kali ini?

NURIDAH: Antaranya kita mahu supaya masyarakat menerima PAS. PAS adalah sebuah parti untuk semua. Saya berharap mereka memberi sepenuh kepercayaan kepada PAS untuk membawa pembaharuan dan kecermelangan negara. Ini adalah peranan yang harus dimainkan oleh muslimat untuk memberi kefahaman kepada rakyat dan masyarakat itu sendiri. Ini kerana masalah gejala sosial, rasuah dan banyak perkara lain, semua itu akan selesai dengan menggunakan pendekatan yang berbentuk Islamik.

MSTAR: Adakah Muktamar PAS kali ini akan membawa satu perubahan yang drastik kepada hala tuju dan perjuangan PAS sebelum sekarang?

NURIDAH: Pada saya dasar PAS dari dulu akan tetap sama, di mana kita memperjuangkan Islam itu sendiri. Muktamar adalah merupakan medan untuk setiap ahli bermuhasabah dan melihat kelangsungan kepada matlamat PAS itu sendiri.

MSTAR: Bagaimana ustazah melihat peluang untuk ustazah mempertahakan jawatan Ketua Dewan Muslimat pada pemilihan kali ini?

NURIDAH: Dalam suasana pemilihan yang tinggal beberapa hari lagi, saya menyerahkan perkara itu kepada Allah SWT dan kebijaksanaan perwakilan. Insya-Allah saya reda menerima ketentuan Allah. Saya pun bersedia menjadi calon untuk berkhidmat kepada parti itu sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: