Jumaat, 2009 Julai 31
TAKZIAH

July 31, 2009 at 8:47 am (BERITA)
Jumaat, 2009 Julai 31

July 24, 2009 at 7:24 am (BERITA)
| Dr Lo Lo Dato’ Mohd Ghazali Fri | Jul 24, 09 | 12:02:25 pm MYT |
|
| Artikel Themalaysianinsider.com bertarikh 23 julai 2009 dengan tajuk-tajuk berikut ‘Outrage Over Caning For Model’ dan ‘Syariah Lawyers Association Regrets Shahrizat’s Statement On Whipping Of Model� adalah dirujuk.
baca seterusnya……. |
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21877&Itemid=1
July 21, 2009 at 2:46 am (BERITA)
Selasa, 21 Julai 2009/28 Rejab 1430
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Kedua 2009 mulai hari ini hingga 27 Julai di 994 tempat di seluruh negara. SPR menerusi kenyataan semalam berkata, dalam tempoh urusan pendaftaran dari April hingga Jun tahun ini, seramai 75,808 orang mendaftar sebagai pemilih baru dan 18,630 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi dibuat.
Pemohon yang sudah mendaftar sebagai pemilih baru atau membuat pertukaran alamat pusat mengundi boleh menyemak senarai itu di pejabat pilihan raya negeri (14 tempat), pejabat pos berkomputer (457 tempat), kompleks atau pejabat kerajaan (101 tempat), pejabat daerah atau pejabat tanah (153 tempat), majlis daerah atau perbandaran (49 tempat), dewan serba guna, rukun tetangga, balai raya, balai penghulu dan dewan orang ramai (190 tempat) dan lain-lain (31 tempat).
Sehubungan itu, warga negara Malaysia yang baru memohon menjadi pemilih atau pemilih berdaftar yang membuat pertukaran alamat pusat mengundi dinasihatkan supaya menyemak senarai di tempat masing-masing. Bagi pemilih yang tidak tersenarai boleh membuat tuntutan menggunakan Borang B dan membuat bantahan menggunakan Borang C, kemudian diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam tempoh tujuh hari dari tarikh senarai dipamerkan.
SPR juga mempamerkan nama pemilih yang terkeluar senarai disebabkan kelucutan hak warga negara, bersara daripada tentera atau polis, meninggal dunia dan yang hilang kelayakan sebagai pemilih
NOTA:
Jentera Pilihanraya Muslimat PAS Wilayah Persekutuan perlu mengambil inisiatif memenuhi peluang yang telah di buka oleh SPR ini.
July 17, 2009 at 4:05 am (BERITA)
|
KARNIVAL KELUARGA MESRA JAWI “BERSAMA MEMARTABATKAN JAWI”
Antara Acara Menarik: Pertandingan Tulisan Jawi , Ejaan Jawi, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Explorace Keluarga Mesra Jawi, Jumbo Sale Klinik Jawi, Khidmat Bertindik Telinga, Khidmat Kesihatan, Gerai Jualan Istimewa (Jualan Gula,tepung & beras dengan harga terendah!) SELURUH WARGA KOTA DIJEMPUT HADIR Berminat hubungi: Pn. Hjh Salbiah Abd Wahab (019-3365654) Pn.Syutina Mahmud (019-6039178)
Anjuran: PAS KAWASAN BATU
|
July 15, 2009 at 8:31 am (BERITA)
| Assalamu’alaikum,
Ketua dan AJK DMPWP mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua petugas-petugas muslimat PAS Wilayah Persekutuan sepanjang musim PRK Manik Urai yang berakhir dengan kemenangan di pihak PAS.
Kepada semua, titiplah semua pengalaman, pembelajaran dan pembaharuan yang diperolehi semasa di sana untuk dijadikan pedoman dlm gerak kerja kita di Wilayah Persekutuan.
Selamat meneruskan perjuangan. DMPWP.
SYUKUR DENGAN KEMENANGAN, PERBAIKI KELEMAHAN - NURIDAH
|
| Nyza Ayob Wed | Jul 15, 09 | 8:47:45 am MYT |
|
| KUALA LUMPUR, 15 Julai (Hrkh)- Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh melahirkan kesyukuran di atas kemenangan PAS dalam Pilihan Raya Kecil Manek Urai semalam serta merakamkan ucapan terima kasih kepada tenaga dan jentera pilihan raya PAS yang telah bertungkus lumus sepanjang kempen pilihan raya kecil itu.Beliau berharap dengan kemenangan tersebut, jentera parti akan lebih bersungguh-sungguh pada masa akan datang agar dapat memastikan kemenangan dapat dikekalkan”Kita jangan berasa selesa dengan kemenangan ini. Seharusnya kita meningkat gandakakan usaha agar dapat memperbaiki segala kelemahan dan seterusnya kemenangan ini dapat dikekalkan.”Justeru, saya menyeru kepada semua ahli PAS dan penyokong PAS sentiasa bersyukur dengan kemenangan yang diperolehi ini,”katanya.Dalam Pilihan Raya Kecil Manek Urai yang berlangsung semalam, PAS mendapat 5,348 undi mengalahkan Barisan Nasional dengan 5,283 undi dengan majoriti 65 undi. – azm _ |
June 30, 2009 at 7:29 am (BERITA)
| DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA YB Mumtaz dan seluruh keluarga di atas pemergian Allahyarham Siti Talhah Ismail, ibu beliau seperti diberitakan oleh harakahdaily.net. Ibu Senator Mumtaz meninggal dunia |
| Salmah Mat Husain Tue | Jun 30, 09 | 1:06:35 pm MYT |
|
| TUMPAT, 30 Jun (Hrkh) – Ibu kepada Senator Mumtaz Md Nawi, Siti Talhah Ismail, 55 meninggal dunia kira-kira jam 12.45 tengahari semalam selepas menderita penyakit barah sejak 11 tahun lalu.Beliau meninggal dunia di rumahnya di Kampung Ana, dekat sini. Jenazahnya dikebumikan ketika azan Asar berkumandang di tanah perkuburan Islam di Kampung Jal Besar.Allahyarhamah meninggalkan suami, Md Nawi Said, 65, empat anak serta 11 cucu.Mumtaz yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat ketika ditemui berkata, beliau redha di atas kematian ibunya kerana Allah menjemput mengadap-Nya dalam keadaan tenang.
“Walaupun umi lumpuh sejak Sabtu lalu, namun Allahyarham seorang ibu dan isteri yang cekal itu sehingga saat-saat akhir hidupnya,” kata beliau ketika ditemui di rumahnya. Menurutnya sehari sebelum ibunya meninggal dunia, beliau dan keluarga membawanya ke Bukit Baka, Machang bagi memenuhi hasrat Allahyarham yang ingin melihat air terjun. “Pada kesempatan itu, Alhamdulillah kami sempat mengaji al-Quran bersamanya kira-kira hampir sejam sebelum beliau mengajak pulang,” ujarnya. Ibunya dikenal pasti mengidap penyakit tersebut sejak 1998. “Apa yang cukup mengharukan saya, umi membenarkan saya keluar berceramah dan menghadiri persidangan dewan walaupun keadaannya semakin tenat,” katanya. Beliau juga mengucap terima kasih kepada semua pemimpin pihak yang menziarahi arwah ibunya sepanjang dia terlantar sakit. Turut menziarahi jenazah ibunya anggota Exco kerajaan negeri, Wan Ubaidah Omar, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim, isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan isteri Timbalan Menteri Besar, Datin Siti Zubaidah Abdul Hamid. – mj _ |
June 19, 2009 at 11:01 am (BERITA, ORGANISASI)
KUALA LUMPUR. 19 JUN 2009 – Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan kali Pertama telah diadakan semalam yang telah dihadiri oleh kesemua YDP-YDP kawasan kecuali kawasan Batu serta Setiausaha-Setiausaha Kawasan . Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohamad Nor Bin Mohamad, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan yang baru saja menyambong tugas bagi penggal ketiganya.
Agenda terpenting yangdibincangkan semalam ialah perlantikan menurut Fasal 34(5) Perlembagaan PAS dan Fasal 34(3) Perlembagaan PAS. Jawatan-jawatan tersebuat adalah;
Pesuruhjaya : Tuan Haji Mohamad Nor bin Mohamad
Timb. Pesuruhjaya 1 : Ustaz Mohamad Nazir bin Zakaria
Timb. Pesuruhjaya 2 : Ustaz Dr(H) Hj Mohd Ali Jamil
Timb. Pesuruhjaya 3 : Ustaz Dr Azhari Ali
Setiausaha : Sdr Syukur Abdul Aziz
Pen. Setiausaha 1: Sdr Kamaluddin Mohd Noh
Pen. setiausaha 2 : Sdr Wan Asrul Affendi
Pen. Setiausaha 3 : Hj Abdul Rani Abd Majid
Bendahari : Sdr Khairul Anwar Abdul Manaf
Pen. Bendahari : Hj Zakaria Abdul Aziz
Ketua Penerangan : Ustaz Amran Abu Talib an-Nahrain
Pengarah Pilihanraya : Haji Abdul Halim Hassan
AJK Yang Dilantik
1. YB Dr Lolo Hj Mohd Ghazali
2. Ustaz Azhar Yahya
3. Sdr Zamri Asa’ad Khuzami
4. Dr Hairul Azhar
5. Hj Zakaria Abdul Aziz
6. Sdr Dzulkifli Ismail
7. Ustz. Rashidah Embong
di ambil dari; http://ydppasputrajaya.blogspot.com/
June 16, 2009 at 7:33 am (BERITA)
Assalamualaikum;
Kepada Muslimat Wilayah Persekutuan
KITA AKAN KE SANA MULAI SEKARANG, SILA HUBUNGI SETIAUSAHA DAN KETUA MUSLIMAT KAWASAN ANDA UNTUK BERSAMA-SAMA BERJUANG PRK KALI INI.

BOLEH KUNJUNGI LAMAN WEB KHAS UNTUK PRK INI DI
JUMPA DI SANA.
June 10, 2009 at 3:03 am (BERITA)
| mStar Online - |
|
Oleh G. Manimaran dan Ariffuddin Ishak
SHAH ALAM: Muktamar Tahunan PAS Ke-55 menggesa kerajaan mengharamkan Sisters in Islam (SIS) jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat pemulihan ke atas ahli-ahlinya.
Gesaan itu terkandung dalam salah satu yang diterima tanpa bahas hari ini. Sesi perbahasan sedang berlangsung. Usul itu dikemukakan oleh PAS kawasan Shah Alam. Usul itu antara lain berbunyi menyedari bahawa aliran dan pandangan dibawa oleh SIS boleh mengelirukan masyarakat, mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya. Muktamar PAS telah membahaskan tiga usul dan ada usul yang diterima tanpa perbahasan. Kebanyakan usul yang diterima tanpa bahas merupakan usul yang diluluskan oleh Muktamar Ulama, Pemuda dan Muslimat pada Khamis lalu. Sebahagian besar usul mereka telah diterima oleh Jawatankuasa Usul. Dua usul mereka telah ditolak. Antara usul yang diterima oleh Muktamar Tahunan PAS Pusat hari ini ialah: - Pakatan Rakyat perlu mewujudkan sistem saringan bersama untuk memilih calon-calon pilihan raya berkelayakan - Menentukan formula baru menentukan kuota calon pilihan raya yang sesuai dengan keperluan semasa - Majlis Syura dan Dewan Ulama mengambil inisiatif untuk melahirkan ulama-ulama pelapis serta memfokus pembinaan keupayaan dalam penguasaan pelbagai disiplin ilmu termasuklah ilmu siasah dan pengurusan - Jawatankuasa Disiplin parti membuat siasatan dan seterusnya mengambil tindakan terhadap ahli-ahli PAS yang terlibat dalam menyebarkan berita-berita fitnah dan mencabar kredibiliti pimpinan tertinggi PAS - Kepimpinan PAS Pusat, negeri, kawasan dan ahli keseluruhannya memberi tumpuan kepada usaha membina kekuatan parti bukannya merosakkan parti dan memecahbelahkan parti dengan label-label seperti kumpulan promuzakarah, pro-Pakatan Rakyat dan kumpulan erdogan - Menggesa ahli-ahli PAS menanam sikap taat dan tiqah serta berhati-hati terutamanya dalam memberikan pendapat individu dalam penulisan mereka - Memperbaiki dan memperkemas komposisi ahli Majlis Syura Ulama agar ia dihormati, berwibawa dan telus untuk mencapai tahap perkasa - Memandang serius dan memahami dengan teliti kuasa dan fungsinya agar tindak bertindih dan bercanggah dengan kuasa dan fungsi Jawatankuasa PAS Pusat yang boleh menyebabkan badan ini tidak berwibawa, senang dipengaruhi dan boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan ahli PAS - Melantik ahli-ahli Majlis Syura Ulama yang benar-benar bebas, telus, berani dan tegas dalam membuat keputusan tanpa mengira kedudukan seseorang - Konsisten dengan pendirian untuk terus kekal bekerjasama dengan parti-parti politik dengan berusaha dan menyusun kaedah yang lebih berkesan bagi memperbaiki hubungan dan kesatuan antara parti dan ahli akan terbina, seterusnya mengekalkan dan melebarkan kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 demi menegakkan syiar Islam - Berusaha mewujudkan struktur organisasi yang berdaftar atas nama Pakatan Rakyat sebagai alternatif atau pengganti kepada Barisan Nasional bagi menerajui kepimpinan negara - Mendesak PAS Pusat agar merangka strategi yang berkesan bagi merampas sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen di kawasan luar bandar dan kawasan FELDA di Pahang, Johor, Perak dan Terengganu - Mendesak PAS Pusat menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi merangka strategi dan menumpukan perancangan dan segala gerak kerja di kawasan yang disasarkan - Menyediakan peruntukan sekurang-kurangnya RM1 juta setahun bagi melaksanakan segala perancangan dan gerak kerja di kawasan sasaran - Mendesak kerajaan agar mengkaji semula mereka yang diberhentikan kerja dan mendakwa majikan yang memberhentikan pekerja tempatan sewenang-wenangnya tanpa mengikut peraturan dan notis singkat |